Friday, April 30, 2010

AKTA DAN KUASA-KUASA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

AKTA DAN KUASA - KUASA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
  • SEMASA PEPERANGAN
    Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum , semasa atau selepas masa serangan musuh.
  • SEMASA AMAN
    Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.
Seksyen (2) - Tafsiran
Angkatan Pertahanan Awam” dan "Perkhidmatan Pertahanan Awam” ertinya angkatan dan perkhidmatan yang ditubuhkan semata-mata atau terutamanya untuk memenuhi kehendak pertahanan awam;
"Pertahanan Awam” meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada keseluruhan atau sebahagian dari akibatnya, sama ada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau selepas masa serangan itu.

Seksyen 3 : Kuasa Menteri

3(1) Menteri boleh membuat apa-apa kaedah yang didapati perlu dan bermanafaat bagi pertahanan awam

3(2) Kaedah-kaedah yang boleh dibuat :

(a) Penubuhan pasukan

(b) Mengelola, melengkapi dan melatih bagi maksud pertahanan awam kepada pasukan polis ,pasukan bomba , badan berkanun serta kakitangan jabatan/organisasi

( c) Mengajar orang awam
(d) Membekal, menyimpan dan menyenggara komoditi-komoditi dan benda-benda yang dikehendaki
(e) Menyedia, membina, menyenggara dan mengubah premis, struktur dan penggalian

(f) Merekuisisi, membeli dan menyewa tanah, bagunan-bangunan, bahan-bahan harta dan barang-barang yang dikehendaki

(g) Mentaksir dan membayar saraan atau pampasan berkenaan dengan semua perkara yang dilakukan. Membayar pampasan berkenaan dengan apa kecederaan fizikal yang dilakukan oleh seseorang anggota angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam
(h) Penubuhan badan-badan dan perlatikan pegawai-pegawai di Negeri-Negeri
(i) Mengenakan penalti bagi apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana kaedah - tidak melebihi 3 tahun atau denda lima ribu ringgit
Seksyen 4 :
Perlantikan Ketua Pengarah dan Penolong-Penolong Ketua Pengarah Pertahanan Awam dibuat oleh Yang DiPertuan Agong

Seksyen 5 : Membuat Peraturan
Ketua Pengarah Boleh membuat peraturan berkaitan:
pengelolaan , kakitangan , angkatan dan perkhidmatan, tugas, kelengkapan, latihan pengajaran orang awam
Seksyen 7:
7(1) Yang Di Pertuan Agong melalui perisytiharan boleh memanggil berkhidmat seluruh atau mana-mana bahagian.

7(2) Anggota angkatan atau perkhidmatan yang dipanggil mengikut sub seksyen (1) hendaklah melapur diri seperti mana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam.


Seksyen 8: Kerja-kerja Bantuan dan Pemulihan

Ketua Pengarah dengan persetujuan Menteri, boleh mengarah angkatan atau perkhidmatan untuk kerja bantuan atau memberi perlindungan, atau mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda apabila berlaku bencana atau bencana akan menimpa atau selepas bencana.