Thursday, January 5, 2012

USAHA SELAMATKAN PANTAI



17 NOV, Port Dickson – Demi memastikan sebarang unsur pencemaran pantai dapat dihalang dan dicegah, penuntut Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) mengambil inisiatif mengadakan program pembersihan pantai.


Tujuan program tersebut diadakan bagi membantu pihak berkuasa mengekalkan pantai di Port Dickson sebagai pusat pelancongan dan rekreasi Negara.
Pengarah program tersebut, Mohd Fuzayme Nordin, menyifatkan perubahan yang besar, bermula dengan langkah yang kecil.


Justeru, mereka sepakat mengambil langkah untuk membantu membersihkan kawasan persisir pantai dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson dan sokongan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan untuk mengadakan program tersebut dengan mesej ‘Save Our Beach’. 
“Kealpaan masyarakat dalam memberi perhatian terhadap kepentingan memulihara alam sekitar memberi kesedaran buat kami untuk memberi contoh yang baik kepada generasi muda tentang pentingnya memelihara alam sekitar.


“Disamping itu juga ia dapat mewujudkan aktiviti sihat dengan beriadah sambil beramal kepada alam sekitar,” katanya.


Seramai 28 penuntut jurusan Sarjana Muda Komunikasi dan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa serta 22 orang sukarelawan daripada pelbagai peringkat umur menyertai program kemasyarakatan itu yang diadakan bermula jam 9 pagi.