Saturday, November 20, 2010

PERTAHANAN AWAM (CIVIL DEFENCE) SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN REALITINYA



JABATAN PERTAHANAN AWAM dengan rasminya telah berusia 58 tahun pada 24 Mac 2010. Tiada apa yang dapat memberi kesahihan kepada usia ini melainkan kita mengimbas dan mengenang kembali liku-liku penubuhan dan perjalanan Pertahanan Awam selama 58 tahun penubuhannya ini.

Era Perang Dunia Kedua
Segala-galanya bermula semasa pemerintahan British sekitar tahun 1938, apabila terdapat khabar-khabar angin mengenai Perang Dunia Kedua, membuat British bimbang akan kekuatan dan ancaman Jepun ke atas Malaya. Slogan 'Asia untuk orang Asia' menambahkan lagi kebimbangan British akan kemungkinan penduduk tempatan bangkit menamatkan penguasaan British di Malaya.
Bagi menjaga kepentingan mereka, British telah membawa masuk pakar-pakar dalam bidang pertahanan untuk menawan semula hati penduduk Malaya melalui pendekatan menjamin keselamatan penduduk awam dengan mempertahankan Malaya.


                                                  Passive Defence Services

Dengan ini bermulalah era penduduk awam mempertahankan sesama sendiri. Pihak British telah memperkenalkan Passive Defence Services melalui Air Raid Precaution (ARP) berdasarkan Emergency Enactment yang mengembling tenaga anak muda tempatan melalui kerahan tenaga di mana yang muda menggalas senjata sementara yang tidak berupaya dikerah menjaga kawasan setempat.
Pada tahun 1939 bermulanya aktiviti Pertahanan Awam secara tidak rasmi sehingga Perang Dunia Kedua tercetus di mana Jepun menduduki Malaya. Kesan aib dari Perang Dunia Kedua amat dirasai oleh British sehingga mereka kembali memerintah Malaya berikutan kekalahan Jepun pada tahun 1945. Pengajaran yang amat berguna kepada mereka adalah kemampuan pihak musuh memporak perandakan pertahanan British di Malaya.

Selepas Perang Dunia Kedua
Ini terbukti apabila Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) muncul sebagai ancaman baru. Akibat dari perang gerila yang dilancarkan oleh MPAJA, British telah mengisytiharkan darurat di Malaya pada tahun 1948. Pada masa inilah pihak British di Singapura mula menggerakkan Pasukan Pertahanan Awamnya dengan memanggil dan mendaftar semula sukarelawan yang pernah berkhidmat semasa Perang Dunia Kedua.
Pendekatan untuk mengekalkan keamanan, menguatkuasakan undang-undang dan mengawal ketenteraman awam amat meyakinkan dan mula menampakkan hasil apabila Pertahanan Awam mula digerakkan ekoran kesedaran rakyat terhadap kekejaman dan keganasan MPAJA terhadap penduduk tempatan.

Bersambung.....