Tuesday, August 10, 2010

NIAT PUASA RAMADHAN

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Wednesday, August 4, 2010

TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI.....


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)... FAKTA.... sirius... .

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU.....


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Sunday, August 1, 2010

9 TOPIK SENSITIF LELAKI


KEHARMONIAN perhubungan dua orang insan bercinta berlandaskan banyak faktor teutamanya kefahaman yang utuh..Sikap saling bertolak ansur menjurus kepada perhubungan yang lebih sihat dan kekal lama..
        Dalam hubungan pasangan suami isteri mahupun kekasih adalah penting mengenali suka duka, pantang larang sesama sendiri supaya keintiman dapat diwujudkan secara spontan..Jikalau golongan wanita mempunyai pantang yang tersendiri seperti lelaki perlu setia atau, kaum lelaki juga mempunyai topik sensitif sendiri..Sememangnya lelaki penuh dengan ego tetapi wanita tidak harus mempermainkan ego mereka sehingga menjejaskan hubungan yang indah harmoni..BELAJAR MEMAKSIMUMKAN KEEGOAN LELAKI dalam cara positif untuk lebih memenangi hatinya..

Tip-tip yang ringkas dan mudah ini mungkin membantu mengeratkan lagi perjalanan cinta anda 

  • Elak menceritakan ada seorang lelaki yang secara diam meminati anda, apatah lagi jika lelaki tersebuat adalah bekas kekasih anda.
  • Membenci ibunya.Jikalau adapun menyimpan perasaan kurang senang terlalu vokal meluahkannya.Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibunya.Jangan cuba menokok tambah sebaliknya bertindak tenang.
  • Hal kecurangan yang pernah di lakukan tanpa pengetahuannya.Ini akan menjejaskan kepercayaannya terhadap anda.Jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangannya terhadap anda.Tidak mustahil dia akan mengulanginya
  • Semakin usia usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan seksual mungkin tidak sehebat seperti pada awal perkahwinan dan mungkin juga ada perubahan.Jangan cuba membandingkan hal itu dengan kehebatan pada masa lalu.
  • Elak menceritakan kecurangan sahabat anda terhadap suaminya.Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba mengongkong atas sebab keselamatan hubungan bersama anda
  • Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya.Jika suatu hari dia mengeluh tentang majikannya yang bermasalah, maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian.Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut.Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat.Lebih baik jangan bagi keputusan sebaliknya berilah dia pilihan.
  • Cerai adalah perkataan yang paling harus dihindari walaupun berlaku perselisihan faham yang teruk.Berpisah atau bercerai adalah perkara yang jarang dimain-mainkan lelaki.
  • Elakkan membanding pendapatan apatah lagi jika gaji anda lebih besar.Ini akan menyinggung perasaan si suami dan menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan yang harmoni.
  • Pertemuan bersama teman membuatkan anda membuka hati untuk berkongsi hal-hal persendirian.Elakkan menceritakan hal-hal itu secara teliti kepada pasangan anda kerana lelaki tidak gemar masalah mereka dijaja....
CINTA boleh dipupuk untuk kekal lebih lama dengan menjauhkan perbalahan-perbalahan yang tidak berbaloi......