PROGRAM KASIH HARMONI
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk melengkapkan keperlukan kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat bagi Semester ke-3 sesi 2010/2011 disamping dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam aktiviti program kemasyarakatan sambil beramal, memotivasikan penghuni-penghuni Rumah Kasih Harmoni dengan cara lawatan sambil belajar serta mengumpul dana bagi menampung kos penyediaan fasiliti dan kos harian.
Seramai 35 orang pelajar dari Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang terbabit di dalam projek ini. Program ini akan berlangsung pada 24 Julai 2011 bertempat di Petrosains KLCC dan Rumah Kasih Harmoni, Lot 46, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Jika hendak diikutkan sejarah penubuhan asrama ini, ianya merupakan hasil usaha pengasasnya Tuan Hj Daud yang berasal dari Kelantan Darul Naim, yang mana beliau telah mengumpulkan dana bersama dengan rakan-rakan serta ahli keluarganya hingga terciptanya bangunan dua blok ini untuk perlindungan anak-anak yatim dan asnaf dari pelbagai lapisan serta tempat tinggal. Tujuan yang maha mulia ini tidak dapat diteruskan oleh beliau kerana beliau telah kembali kerahmatullah lebih awal. Maka para warisnya iaitu anak-anaknya telah mencari seseorang yang boleh menyempurnakan hajat arwah. Maka En Jamaluddin Bin Wahab telah dipih selaku pemegang amanah itu.
Sebenarnya pelbagai cadangan yang ingin dilakukan termasuk membina surau dan juga memiliki sebuah van atau kenderaan sendiri untuk kegunaan penghantaran anak-anak kesekolah. Tetapi hajat itu akan di lunaskan secara beransur-ansur dengan membuat tabung dana Surau dan juga van.
Kepada sesiapa yang ingin membantu tidak kira dari segi apajua bentuk termasuk sokongan moral atau datang turut serta dalam program ini bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi alamat tertera berikut.
Nombor Akaun : 2442022001023 (Ambank Berhad Caw. Kota Damansara)
Pengetua Rumah Kasih Harmoni: Encik Jamaluddin Bin Wahab
No.H/p : 012-3942783 / 03-61563420