Assalammualaikum
2 Febuari 2011
2.30ptg
Masjid Daerah Taiping, Perak
Misi pencarian pili bomba diteruskan lagi..Kali ini saya menemui pili bomba yang agak klasik. Saya pun tak pasti pili bomba ini keluaran tahun bila.
Pada Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya pulang bercuti di rumah mertua di Taiping. Aktiviti cuti saya di Taiping banyak digunakan untuk bersantai bersama isteri...
Sambil bersiar-siar di bandar Taiping dengan kamera sentiasa di sisi, saya ternampak sebuah pili bomba yang saya kategorikan agak klasik.
Setakat ini saya tengok senarai penyertaan yang diterima ondscene belum ada lagi pili bomba jenis ini..
Outletnya cuma satu sahaja. Kuncinya pula terletak di tiang pili tersebut.
Saya pun cuba untuk snap beberapa keping gambar pili tersebut untuk dihantar ke saudara sham ondscene. Cuba untuk snap posisi yang menarik...
No comments:
Post a Comment