Monday, January 17, 2011

Assalamualaikum
TERBALIK



17 Januari 2011
5.15 ptg
KM 14.4
LEBUHRAYA GRAND SAGA,
ARAH KAJANG.
KUALA LUMPUR


Ketika saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya terjumpa satu kemalangan di km 14.4 lebuhraya Grand Saga.



Agak mengejutkan bila nampak sebuah kereta kancil terbalik empat-empat tayar ke atas. Bagaimana keadaan mangsanya?

Terdapat 2 orang mangsa wanita dipercayai berbangsa cina yang terlibat dan telah dikeluarkan oleh orang awam. Mangsa berusia dalam lingkungan 70an. Di sini saya lihat keprihatinan rakyat Malaysia yang tidak mengira Ras dan Etnik sanggup membantu mangsa kemalangan. Semangat Pluralisma inilah yang kita perlu tanam dalam setiap rakyat Malaysia





seorang mangsa terbaring dan seorang lagi cedera di bahagian muka
 
cedera di bahagian muka


Menurut saksi yang melihat, kejadian berpunca dari sebuah lori yang melanggar belakang kereta kancil tersebut sehingga kereta tersebut terbabas sebelum terbalik.


Sebaik melanggar kereta tersebut, lori terbabit terus meninggalkan tempat kejadian.


Tidak lama kemudian sepasukan anggota perubatan dari Hospital Kajang tiba untuk memberi bantuan kepada mangsa



 Kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut.


Selepas mangsa di bawa ke Hospital, orang awam bekerjasama mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tadi ke bahu jalan supaya aliran trafik kembali lancar.

Sunday, January 16, 2011

ORKESTRA FILHARMONIK KLCC

Assalamualaikum....



08 Januari 2011
2030pm
KLCC


Saya bersama isteri berpeluang untuk menonton persembahan orkestra filharmonik di KLCC. Sahabat saya seorang wartawan Harian Metro telah menghadiahkan 2 tiket untuk saya dan isteri sebagai hadiah perkahwinan.



Sampai sahaja di pintu masuk KLCC, saya lihat majoriti yang hadir ialah bangsa cina dan mat salleh...Nak jumpa orang melayu susah...Rasa macam kami berdua saja...Agak janggal jugak...hehehehe



Sebelum masuk ke dewan snap gambar dulu di sekitar dewan. Inilah isteri kesayanganku...



Ada gaya tak macam CEO



Let's go to the Concert Hall

Sorry yer saya tak dapat nak snap gambar dalam dewan. Memang tak dibenarkan...Boleh dikatakan 5% sahaja melayu yang menonton...Yang lain semua cina, india n mat salleh..

Persembahan memang terbaik la...Soft je bunyi setiap alat yang di mainkan...Alat muzik yang tak pernah aku tengok pun ada....Tak tau apa nama alat tu...Kalau berpeluang memang aku nak cuba main.


Dah nak balik...



Menunggu adik datang ambil....

Balik kami terus pergi makan di Kampung Baru....

Saturday, January 15, 2011

TEMAN SETIA PILI BOMBA

Assalamualaikum...
 


APA KANAK-KANAK INI SEDANG LAKUKAN?



14 Januari 2011
2030pm
Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Ketika Kotaraya dilanda hujan yang agak lebat, saya melalui Jalan Semarak untuk ke Dato Keramat, saya terpandang sesuatu yang agak menghairankan berhampiran dengan MINDEF dan JPAM. Seorang kanak-kanak sedang berteduh daripada hujan sambil menemani pili bomba.




Mungkin kanak-kanak ini tahu begitu pentingnya pili bomba sehinggakan beliau sanggup bersama-sama melindungi dirinya dan pili bomba daripada terkena hujan.

Saya pun mengambil keputusan untuk mengambil gambarnya kerana berasakan aksi si kecil ini agak menarik. Dan secara kebetulan saudara Sham ondscene ada menganjurkan pertandingan cabaran foto pili bomba..


Mungkin kanak-kanak ini telah didedahkan oleh ibu bapanya tentang pentingnya pili bomba. Anda pula bagaimana?

Monday, January 10, 2011

LAWATAN UNTUK PROJEK KEMASYARAKATAN


ASSALAMUALAIKUM........



07 Januari 2011
09.30 pagi hingga 19.30ptg
Kuala Lumpur dan Klang

Baru-baru ini saya bersama Pengerusi dan Setiausaha Projek Kemasyarakatan kelas saya berpeluang melawat 3 buah rumah kebajikan yang terletak di sekitan Kuala Lumpur dan Kelang.Tujuan lawatan ini adalah untuk memilih projek dan mengenalpasti bentuk sumbangan yang di perlukan oleh mereka.


Pukul 9.30 pagi kami sampai di rumah kebajikan pertama iaitu Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) bertempat di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur. Persatuan ini adalah merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta membantu kerajaan untuk memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak pesakit HIV/AIDS terutamanya kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV Positif..


Melihat telatah anak-anak kecil ini seolah-olah tiada apa yang berlaku ke atas diri mereka. Hakikatnya mereka mempunyai sejarah hidup yang tersendiri.


Perbincangan dengan pihak PERNIM



Kepada sesiapa yang ingin membantu tidak kira dari segi apajua bentuk termasuk sokongan moral bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi alamat tertera berikut.

Alamat : Lot 46 Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpu
No Akaun :  2-14013-6000-3173 (RHB BANK)

Nama Akaun : Pusat Perlindungan PERNIM


Rumah kedua yang kami lawati adalah Asrama Darul Falah (ASDAF) bertempat di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. ASDAF merupakan sebuah rumah kebajikan yang menempatkan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga miskin yang terdiri daripada kaum orang asli.


                                                                     Bilik Belajar


Asrama Lelaki

Tujuan penubuhan ASDAF adalah untuk menyediakan pendidikan akademi yang rasmi kepada masyarakat Asli dengan menghantar mereka ke sekolah menengah dan rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi. Di samping itu juga ia dapat membantu kerajaan dalam memperbaiki kehidupan masyarakat Asli.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi alamat yang tertera di bawah:

Nama : Asrama Darul Falah (ASDAF)
            No 535/10 , Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur

No. Akaun : 564146531574 (MAYBANK)

Nama Akaun : Asrama Darul Falah PERKIM

Dan yang tempat yang terakhir kami lawati adalah Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.Terletak di Batu 3, Jalan Kapar klang, selangor.




Rumah Penyayang Hembusan Kasturi adalah sebuah rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak-anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.

Semasa kami sampai, kami dimaklumkan oleh seorang ustaz yang mana pelajar-pelajar lelaki telah di pindahkan ke sebuah tempat di Meru. Yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar wanita.


Antara kemudahan yang ada




Asrama lelaki yang sedang dalam pembaikan


Sebelum ini pelbagai pihak telah hadir menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Kali ini kami telah berbincang dan bersepakat  kemungkinan akan menghulurkan bantuan dalam bentuk membawa anak-anak yatim ini ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur kerana sebelum ini mereka belum pernah keluar pergi ke tempat-tempat yang menarik.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi alamat yang tertera di bawah:

Nama: Rumah Penyayang Hembusan Kasturi
               Lot 53958 , Jalan Tanjung Shawal, off Jalan Keretapi Lama, Batu 3 Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor

No Akaun: 562012003574 (Maybank)

Nama Akaun: Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.