Saturday, January 15, 2011

TEMAN SETIA PILI BOMBA

Assalamualaikum...
 


APA KANAK-KANAK INI SEDANG LAKUKAN?



14 Januari 2011
2030pm
Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Ketika Kotaraya dilanda hujan yang agak lebat, saya melalui Jalan Semarak untuk ke Dato Keramat, saya terpandang sesuatu yang agak menghairankan berhampiran dengan MINDEF dan JPAM. Seorang kanak-kanak sedang berteduh daripada hujan sambil menemani pili bomba.




Mungkin kanak-kanak ini tahu begitu pentingnya pili bomba sehinggakan beliau sanggup bersama-sama melindungi dirinya dan pili bomba daripada terkena hujan.

Saya pun mengambil keputusan untuk mengambil gambarnya kerana berasakan aksi si kecil ini agak menarik. Dan secara kebetulan saudara Sham ondscene ada menganjurkan pertandingan cabaran foto pili bomba..


Mungkin kanak-kanak ini telah didedahkan oleh ibu bapanya tentang pentingnya pili bomba. Anda pula bagaimana?

2 comments:

  1. menarik! tapi creepy pulak bile tgk pili bomba tu lg besar dr dia. anyway, good luck, Fuzayme! :)

    ReplyDelete
  2. gudluck. mybe budak 2 nak tahan payung dia. :)

    ReplyDelete