Monday, January 10, 2011

LAWATAN UNTUK PROJEK KEMASYARAKATAN


ASSALAMUALAIKUM........



07 Januari 2011
09.30 pagi hingga 19.30ptg
Kuala Lumpur dan Klang

Baru-baru ini saya bersama Pengerusi dan Setiausaha Projek Kemasyarakatan kelas saya berpeluang melawat 3 buah rumah kebajikan yang terletak di sekitan Kuala Lumpur dan Kelang.Tujuan lawatan ini adalah untuk memilih projek dan mengenalpasti bentuk sumbangan yang di perlukan oleh mereka.


Pukul 9.30 pagi kami sampai di rumah kebajikan pertama iaitu Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) bertempat di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur. Persatuan ini adalah merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta membantu kerajaan untuk memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak pesakit HIV/AIDS terutamanya kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV Positif..


Melihat telatah anak-anak kecil ini seolah-olah tiada apa yang berlaku ke atas diri mereka. Hakikatnya mereka mempunyai sejarah hidup yang tersendiri.


Perbincangan dengan pihak PERNIM



Kepada sesiapa yang ingin membantu tidak kira dari segi apajua bentuk termasuk sokongan moral bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi alamat tertera berikut.

Alamat : Lot 46 Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpu
No Akaun :  2-14013-6000-3173 (RHB BANK)

Nama Akaun : Pusat Perlindungan PERNIM


Rumah kedua yang kami lawati adalah Asrama Darul Falah (ASDAF) bertempat di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. ASDAF merupakan sebuah rumah kebajikan yang menempatkan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga miskin yang terdiri daripada kaum orang asli.


                                                                     Bilik Belajar


Asrama Lelaki

Tujuan penubuhan ASDAF adalah untuk menyediakan pendidikan akademi yang rasmi kepada masyarakat Asli dengan menghantar mereka ke sekolah menengah dan rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi. Di samping itu juga ia dapat membantu kerajaan dalam memperbaiki kehidupan masyarakat Asli.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi alamat yang tertera di bawah:

Nama : Asrama Darul Falah (ASDAF)
            No 535/10 , Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur

No. Akaun : 564146531574 (MAYBANK)

Nama Akaun : Asrama Darul Falah PERKIM

Dan yang tempat yang terakhir kami lawati adalah Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.Terletak di Batu 3, Jalan Kapar klang, selangor.




Rumah Penyayang Hembusan Kasturi adalah sebuah rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak-anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.

Semasa kami sampai, kami dimaklumkan oleh seorang ustaz yang mana pelajar-pelajar lelaki telah di pindahkan ke sebuah tempat di Meru. Yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar wanita.


Antara kemudahan yang ada




Asrama lelaki yang sedang dalam pembaikan


Sebelum ini pelbagai pihak telah hadir menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Kali ini kami telah berbincang dan bersepakat  kemungkinan akan menghulurkan bantuan dalam bentuk membawa anak-anak yatim ini ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur kerana sebelum ini mereka belum pernah keluar pergi ke tempat-tempat yang menarik.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi alamat yang tertera di bawah:

Nama: Rumah Penyayang Hembusan Kasturi
               Lot 53958 , Jalan Tanjung Shawal, off Jalan Keretapi Lama, Batu 3 Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor

No Akaun: 562012003574 (Maybank)

Nama Akaun: Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.


2 comments:

  1. good effort... insyallah bile kita cuba membantu golongan yang lemah, nescaya kita juga akan dibantu dalam kesusahan.. amin.

    ReplyDelete
  2. hopefully niat murni kita ni berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete